Pembinaan Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan

Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan

Tingkatan Empat bagi topik pembezaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk

pembangunan modul. Modul i-Think ini dibina menggunakan model Side...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syazwani Samsudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11475
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan

Tingkatan Empat bagi topik pembezaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk

pembangunan modul. Modul i-Think ini dibina menggunakan model Sidek yang

mengandungi dua peringkat iaitu peringkat membina modul dan peringkat pengujian

moduL Kajian dijalankan di 14 buah sekolah menengah kebangsaan yang terlibat

dengan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran matematik tambahan di

daerah Kuala Kangsar, Perak. Modul latihan i-Think ini disahkan oleh lima orang pakar

bidang dalam aspek kesahan kandungan. Hasil dapatan mendapati nilai keseluruhan

kesahan kandungan adalah melebihi 70 peratus dan mempunyai persetujuan Cohens

Kappa bernilai 0.87. Kebolehpercayaan instrumen soal-selidik guru yang ditadbir

kepada 17 orang guru mendapati nilai pekali Cronbach Alpha bagi kebolehpercayaan

instrumen tersebut adalah 0.89. Pengujian kebolehpercayaan instrumen soal-selidik

murid yang ditadbir kepada 30 orang murid mendapati nilai pekali Cronbach Alpha

bagi kebolehpercayaan instrumen tersebut adalah 0.92. Dapatan kajian menunjukkan

Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan

ini mempunyai persetujuan Cohens Kappa dan nilai pekali Cronbach Alpha yang

tinggi iaitu melebihi 0.80. Kesimpulannya, Modul Latihan i-Think Matematik

Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan ini mempunyai kesahan yang tinggi

dan kajian ini berjaya menghasilkan Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan

Tingkatan Empat bagi topik pembezaan. Implikasinya, modul ini boleh dijadikan

sebagai satu bahan bantu mengajar oleh guru Matematik Tambahan untuk

meningkatkan pencapaian murid dalam topik pembezaan.