Gaya kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar bagi pembangunan organisasi sekolah

<p>Kajian ini bertujuan untuk meneliti amalan kepimpinan transformasi yang memberi impak terhadap pembangunan organisasi sekolah. Secara khususnya kajian Uri bertujuanuntuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar sekolah kebangsaan di Daerah Batang...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Rozita Paiman
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2013
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11545
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini bertujuan untuk meneliti amalan kepimpinan transformasi yang memberi impak terhadap pembangunan organisasi sekolah. Secara khususnya kajian Uri bertujuanuntuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar sekolah kebangsaan di Daerah Batang Padang dari aspek karismatik, pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi berinspirasi. Di samping meninjau peranan faktor-faktor demografi iaitu umur, kaum dan pengalaman mengajar guru terhadap amalan kepimpinan tranformasi guru besar. Kaedah tinjauan diaplikasikan dalam kajian Uri dalam proses pengumpulan data. Soal selidik "Multi/actor Leadership Questionnaire" (MLQ) telah digunakan sebagai alat ukur kajian. Sejumlah 284 orang sampel terlibat dalam kajian yang mengunakan kaedah tinjauan. Data kuantitatif dianalisis dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai dan ANOVA sehala menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) 18. Basil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan guru besar sekolah kebangsaan Daerah Batang Padang adalah tinggi dari semua dimensi (min==3.73). Oleh itu dengan amalan kepemimpinan transformasi pada tahap yang tinggi secara tidak langsung memberi manfaat kepada perubahan dan pembangunan organisasi sesebuah sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi amalan kepimpinan transformasi yang signifikan dalam kalangan guru besar berdasarkan umur, jantina dan pengalaman mengajar responden.</p>