Ekspresi karya seni visual anak anak gelandangan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur

Kajian ini bertujuan untuk menilai ekspresi karya seni visual yang dihasilkan oleh pelajar Sekolah

Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur dengan memberi tumpuan terhadap tiga aspek iaitu

apresiasi terhadap sen...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11558 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk menilai ekspresi karya seni visual yang dihasilkan oleh pelajar Sekolah

Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur dengan memberi tumpuan terhadap tiga aspek iaitu

apresiasi terhadap seni visual, nilai estetika, dan kesedaran umum terhadap kanak-kanak

gelandangan. Batasan kajian hanya tertumpu kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Bimbingan

Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi kajian kes.

Kaedah pengumpulan data kajian melibatkan temu bual telah menunjukkan daya imaginasi dan

pengetahuan kakak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu yang rapat dengan

mereka. Selain itu, kajian melalui analisis karya menunjukkan hasil karya kanak-kanak lebih

dipengaruhi oleh faktor persekitaran, pengetahuan, pengalaman, daya imaginasi dan faktor sosial.

Manakala, kajian melalui rakaman audio dan rakaman visual memperlihatkan kreativiti kanak-kanak

adalah berbeza berdasarkan tahap perkembangan mereka. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang

pelajar yang berumur antara 7 dan 12 tahun berdasarkan kriteria kekerapan kehadiran mereka ke

sekolah dan penglibatan mereka semasa kajian dijalankan. Di samping itu, pese11a kajian juga

terdiri daripada tiga (3) orang pentadbir sekolah tersebut. Hasil kajian menunjukkan faktor

persekitaran dan perilaku mempengaruhi hasil karya yang diekspresikan sebagai cerminan pengalaman

visual anak-anak gelandangan. Hasil karya pelajar mampu mengungkap proses luahan rasa mereka

terhadap anak-anak gelandangan dalam aktiviti seni visual melalui pendekatan ekspresi seni visual

yang dilaksanakan. Secara kesimpulan, dapatan menunjukkan elemen persekitaran mempengaruhi

kreativiti, gaya, dan olahan idea dalam penghasilan karya seni visual pelajar. Dapatan kajian

mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi ekspresi kanak-kanak ini boleh dijadikan sebagai panduan

untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran seni visual dalam kalangan pelajar

sekolah menengah