Penggunaan multimedia di kalangan guru guru PPSMI di sekolah sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama, Perak

Kejayaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

bergantung kepada usaha guru mengintegrasikan pelbagai kaedah pengajaran yang berkesan dalam

pengajaran mereka termasuk...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2005

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11573 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kejayaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

bergantung kepada usaha guru mengintegrasikan pelbagai kaedah pengajaran yang berkesan dalam

pengajaran mereka termasuk penggunaan pakej peralatan multimedia yang dibekalkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia seperti komputer bimbit, projektor LCD dan CD perisian pembelajaran. Kajian ini

bertujuan melihat kekerapan penggunaan pakej multimedia tersebut di samping faktor-faktor yang

mendorong penggunaannya iaitu faktor persepsi guru, faktor kemahiran, faktor kursus dan faktor

pentadbiran. Kaedah tinjauan secara soal-selidik telah dijalankan di kalangan empat puluh empat

orang guru yang mengajar Sains atau Matematik dalam Bahasa lnggeris di enam buah sekolah menengah

di Daerah Larut Matang Dan Selama, Perak. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian

SPSS untuk mengira min, sisihan piawai, peratusan dan ujian-t. Antara dapatan kajian ialah:

(a) guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan multimedia (min di antara 3.89

hingga 4.48), (b) kekerapan penggunaan bagaimanapun adalah pada tahap sederhana (min 2.89), dan (c)

tiada perbezaan yang signifikan terhadap kekerapan penggunaan multimedia mengikut subjek diajar,

jantina guru dan pengalaman guru (ujian-t masing-masing menunjukkan 0.744, 0.844 dan 0.500 pada

tahap signifikan p<0.05). Kekerapan penggunaan multimedia boleh dipertingkatkan dengan

memperbanyakkan kursus di samping dorongan yang kuat daripada pihak pentadbir.