Pengaruh amalan guru dan sikap pelajar terhadap penguasaan menulis Jawi dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua

<p>Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaruh amalan guru dan sikap pelajar terhadap tahap penguasaan menulis Jawi dalam kalangan pelajar Tingkatan 2. Sampel kajian terdiri daripada 774 pelajar Tingkatan 2 dari 8 buah sekolah. Kajian ini menggunakan satu set ujian penguasaan menulis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Mariam Enam@Iman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11585
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengaruh amalan guru dan sikap pelajar terhadap tahap penguasaan menulis Jawi dalam kalangan pelajar Tingkatan 2. Sampel kajian terdiri daripada 774 pelajar Tingkatan 2 dari 8 buah sekolah. Kajian ini menggunakan satu set ujian penguasaan menulis Jawi dan satu set soal selidik. Hasil kajian menunjukkan 38% pelajar berada pada aras penguasaan menulis Jawi asas dan 30% berada pada tahap baik. Amalan guru dalam pengajaran Jawi pula menunjukkan 44.6% guru mengajar Jawi satu waktu dalam seminggu. Guru juga menggunakan ABM carta (37.9%), dan komputer (39.5%), selain buku teks (52.0%) semasa mengajar. Guru turut menunjuk cara penulisan Jawi di papan tulis melalui penulisan hari dan tajuk sebelum pengajaran (41.5%), penulisan nota pengajaran (37.7%), dan istilah pinjaman Bahasa Arab (37.6%). Guru juga memberi latihan tulisan Jawi (40.4%), membetulkan kesalahan ejaan Jawi pelajar (40.3%), dan memuji jika pelajar mencatat nota menggunakan tulisan Jawi (38.8%). Sementara itu sikap pelajar menunjukkan 43.9% pelajar menganggap senang mempelajari tulisan Jawi, dan 40.0% menyatakan minat terhadap tulisan Jawi. Pelajar juga menggunakan buku teks sebagai rujukan (37.0%), mencatat nota (40.9%) dan menjawab latihan (36.7%) menggunakan tulisan Jawi. Analisis Chi Square menunjukkan terdapat hubungan positif di antara amalan guru dalam pengajaran Jawi dengan penguasaan menulis Jawi (p<0.001) dan sikap pelajar terhadap tulisan Jawi (p<0.001). Sikap pelajar terhadap tulisan Jawi juga mempunyai hubungan positif dengan penguasaan menulis Jawi (p<0.001). Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan min skor ujian penguasaan menulis Jawi berdasarkan kekerapan amalan guru membetulkan kesalahan ejaan Jawi pelajar (p<0.035), mencatat nota pengajaran di papan tulis (p<0.001), menggunakan ABM carta (p<0.019) dan memuji jika pelajar mencatat nota menggunakan tulisan Jawi (p<0.001). Selain itu terdapat juga perbezaan min skor ujian penguasaan menulis Jawi berdasarkan kekerapan pelajar membaca buku Jawi selain buku teks (p<0.028), minat pelajar terhadap tulisan Jawi (p<0.013) dan tanggapan terhadap kesenangan mempelajari tulisan Jawi (p<0.007). Analisis regresi pelbagai pula menunjukkan amalan guru memuji pelajar, merupakan indeks tertinggi yang meyumbang ke atas sikap pelajar terhadap tulisan Jawi ( =0.234), manakala amalan guru menggunakan buku teks pula merupakan indeks tertinggi yang menyumbang ke atas penguasaan menulis Jawi pelajar ( =0.233). Selain itu, sikap pelajar meminati bahan bacaan Jawi merupakan indeks tertinggi yang menyumbang ke atas penguasaan menulis Jawi ( =0.394). Kedua-dua pemboleh ubah utama iaitu amalan guru ( =0.174) dan sikap pelajar ( =0.238) mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penguasaan menulis Jawi pelajar. Sehubungan itu guru harus mempertingkatkan amalan dalam pengajaran Jawi seperti melalui penulisan nota, penggunaan buku teks Jawi dan pemberian latihan tulisan Jawi bagi meningkatkan sikap pelajar terhadap tulisan Jawi dan seterusnya dapat meningkatkan penguasaan menulis Jawi pelajar.</p>