Hubungan amalan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru

<p>Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan amalan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. Kaedah tinjauan dengan teknik Pensampelan Mudah (Convenience Sampling) digunakan untuk mendapat maklumat melalui instrumen soal selidik yang mempunyai kebolehpercayaan A...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salmah Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11591
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan amalan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. Kaedah tinjauan dengan teknik Pensampelan Mudah (Convenience Sampling) digunakan untuk mendapat maklumat melalui instrumen soal selidik yang mempunyai kebolehpercayaan Alfa Cronbach = 0.957. Responden kajian terdiri daripada 284 orang guru-guru yang pernah menjalankan kajian tindakan di sekolah-sekolah menengah dan rendah di negeri Perak. Penganalisaan data dalam kajian ini menggunakan SPSS secara deskriptif untuk mendapat nilai kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi iaitu analisis regresi pelbagai dan ujian Khi Kuasa Dua digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kemahiran guru tentang kajian tindakan adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis regresi pelbagai menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. Kemahiran menjalankan kajian tindakan menerangkan 4.3% daripada variasi di dalam tahap profesionalisme guru. Pengalaman menjalankan kajian tindakan dan kekerapan menjalankan kajian tindakan didapati tidak signifikan di dalam menerangkan variasi tahap profesionalisme guru. Keputusan ujian Khi Kuasa Dua pula menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan kelayakan akademik guru (Cramer"s V = 0.254). Namun, terdapat perhubungan yang signifikan antara kemahiran menjalankan kajian tindakan dengan pengalaman mengajar guru (Cramer"s V = 0.268). Kesimpulannya, kajian tindakan merupakan satu model pembangunan profesional yang sangat berkesan untuk mentransformasikan guru menjadi seorang pengamal reflektif, penyelesai masalah yang sistematik dan pembuat keputusan yang bijaksana.</p>