Kajian tahap penguasaan dan hubungan kemahiran berfikir kritis terhadap pencapaian dalam kalangan pelajar Biologi tingkatan empat di Zon Rawang

<p>Kemahiran Berfikir secara Kritis dapat melatih pelajar dalam menyuarakan pandangan, pendapat dan kritikan untuk mempengaruhi proses membuat keputusan serta penyelesaian masalah. Justeru tujuan kajian ini dilakukan oleh penyelidik adalah untuk mengkaji tahap penguasaan dan hubungan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusmanita Othman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11594
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kemahiran Berfikir secara Kritis dapat melatih pelajar dalam menyuarakan pandangan, pendapat dan kritikan untuk mempengaruhi proses membuat keputusan serta penyelesaian masalah. Justeru tujuan kajian ini dilakukan oleh penyelidik adalah untuk mengkaji tahap penguasaan dan hubungan kemahiran berfikir kritis pelajar biologi tingkatan empat di Zon Rawang terhadap tahap pencapaian. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah terpilih di zon Rawang. Seramai 100 orang pelajar telah menjawab dua instrumen kajian iaitu Ujian Kemahiran Berfikir Kritis Watson-Glaser Critical Thinking Appraissal bentuk A (WGCTA) dan Ujian Pencapaian Kemahiran Berfikir Kritis (UPKK). Instrumen WGCTA mengandungi 80 item aneka pilihan yang terdiri daripada lima sub Ujian Kemahiran Berfikir Kritis iaitu Inferens, Mengusul Periksa Andaian, Deduksi, Intepretasi dan Penilaian Hujah. Instrumen ke dua iaitu UPKK terdiri daripada 9 soalan subjektif yang juga terdiri daripada 5 sub ujian yang sama. Hasil analisis ujian Khi Kuasa Dua mendapati secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis (Inferens, Mengusul periksa andaian, Interpretasi, Penilaian hujah) merentas pencapaian pelajar. Berdasarkan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang amat rendah di antara WGCTA dan UPKK (r=0.097, p<0.05). Kesimpulan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan pemikiran kritis pelajar adalah lemah merentas pencapaian. Implikasi kajian kepada semua guru yang mengajar biologi adalah guru perlu memberi penekanan terhadap penguasaan kemahiran berfikir kritis melalui pelbagai teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang berkesan.</p>