Analisis wacana ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda negara (IR)

Bahasa yang dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa. Bagi menghur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rohaizah Ab Karim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1176
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahasa yang dimanfaatkan dalam ucapan pemimpin yang menjadi medium untuk mengalirkan ideologi, mempengaruhi khalayak serta membentuk imej diri, sebenarnya mempunyai kuasa. Kuasa yang wujud di sebalik makna bahasa menyebabkan pemimpin perlu bijak memilih, menyusun dan menggunakan bahasa. Bagi menghuraikan dan memahami kekuasaan bahasa dalam sesebuah wacana, maka analisis wacana (discourse analysis) boleh diaplikasikan. Sehubungan itu, kajian ini menerapkan kerangka analisis wacana Fairclough, (1992; 1995) bagi menganalisis teks ucapan Perdana Menteri Malaysia keenam sempena 100 hari menakhoda. Walau bagaimanapun, kajian ini menerapkan dimensi tekstual sahaja. Keempat-empat unsur dimensi tekstual dikenal pasti dan dihuraikan dalam kajian ini, iaitu struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini merumuskan bahawa ucapan yang dikaji bersifat 'promosi diri' kepada khalayak. Berdasarkan unsur struktur teks, pewacana lebih tertumpu pada struktur generik makluman dan tindakan. Penekanan pada struktur generik ini, khususnya struktur generik tindakan, menunjukkan bahawa tertanam ideologi kepimpinan partisipasi dalam pentadbiran yang diterajuinya. Hal ini secara tidak langsung menjadi medium 'prornosi diri' pewacana. Bagi aspek tautan pula, pewacana lebih banyak memanfaatkan tautan penghubung tambahan kerana pewacana yang masih baharu memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia Keenam. Oleh itu beliau perlu memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. rujukan saya at au kita dalam ucapan pula menunjukkan bahawa pewacana mahu mempamerkan keakrabannya dengan khalayak. Malahan, kata ganti saya dan kita juga digunakan secara berulang bagi menonjolkan diri pewacana. 'Promosi diri' juga dapat dilihat daripada unsur nahu, iaitu melalui transitiviti, rema dan modaliti. Frasa nama saya, kerajaan atau pihak kerajaan, dan kita yang kerap digunakan sebagai subjek dilihat menonjolkan diri pewacana. Corak kepimpinan yang ingin dibawa oleh pewacana kemudiannya dizahirkan pada struktur rema, yakni bagi menyampaikan maklumat baharu. Selain itu, dominasi modaliti aspek dalam ucapan dilihat mempunyai hubung kait dengan komitmen pewacana. Aspek leksikalisasi pula dilihat daripada un sur kata altematif dan metafora. Kata altematif telah dimanfaatkan bagi mempamerkan ciri-ciri permmpm yang bertanggungjawab, berjiwa rakyat, dan adil, manakala leksikal altematif berkaitan 'usang' dan 'baik pulih' memperhebatkan lagi 'promosi diri' terhadap permulaan pentadbirannya. Metafora perbuatan dan metafora air yang ditemui juga menyerlahkan lagi keprihatinan pewacana. Kombinasi daripada unsur struktur teks, tautan, nahu, dan leksikalisasi membuktikan bahawa pewacana mahu mempamerkan dirinya sebagai 'pemimpin berjiwa rakyat' dengan mengamalkan kepimpinan partisipasi.