Hubungan persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran terhadap prestasi pelajar Institut Kemahiran MARA Lumut Perak (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran dengan prestasi pelajar Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak. Pembolehubah bebas ialah persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran. Pembolehubah bersandar pula ialah prestasi pelajar yang dinilai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Myazaitul Akma Mohammad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1202
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran dengan prestasi pelajar Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak. Pembolehubah bebas ialah persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran. Pembolehubah bersandar pula ialah prestasi pelajar yang dinilai melalui keputusan peperiksaan akhir semester (CGPA). Seramai 160 orang responden daripada pelajar semester akhir program Teknologi Kejuruteraan sesi Jan-Jun 2012 telah dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah soal-selidik yang menggunakan instrumen What Is Happening In This Classroom (WIHIC) yang dibangunkan oleh Fraser (1996) dan diubahsuai (Aldridge dan Fraser, 2000) bagi mengukur faktor persekitaran bilik darjah. Instrumen The Mathematics And Technology Instruments Attitutes Scale (MTAS) yang dibangunkan oleh Pierce at el (2007) pula mengukur faktor sikap pembelajaran. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenalpasti tahap persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran pelajar. Independent Sample t-test dan ANOVA pula digunakan untuk melihat perbezaan faktor demografi iaitu jantina, umur dan semester dengan persekitaran bilik darjah dan sikap pembelajaran. Hubungan antara WIHIC dan MTAS dengan prestasi pelajar dianalisis menggunakan ujian Korelasi Pearson. Ujian regresi pelbagai dijalankan bagi menentukan faktor-faktor dominan yang mempengaruhi prestasi pelajar. Hasil kajian mendapati tidak wujud perbezaanjantina dan umur dengan WIHIC dan MTAS. Namun begitu, wujud perbezaan antara semester dengan WIHIC. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara WIHIC dan MTAS dengan prestasi pelajar. Sikap merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pre stasi pelajar Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak.