Kesan pembelajaran yang menyeronokkan terhadap kesediaan belajar dalam kalangan kanak-kanak prasekolah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks prasekolah, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan kesannya kepada kesediaan belajar dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah. Reka bentuk kajian ini adalah merupakan kajian kes satu tempat dan pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zuhaila Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1227
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks prasekolah, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan kesannya kepada kesediaan belajar dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah. Reka bentuk kajian ini adalah merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Seorang guru, seorang pembantu pengurusan murid dan 25 orang murid dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data kajian ini diperoleh secara kualitatif iaitu menggunakan teknik temu bual, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Keseluruhan data ini dianalisis secara manual oleh penyelidik dan tema yang dikeluarkan disemak dan disahkan oleh penyelia utama. Dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan melalui bermain merupakan pendekatan utama dalam mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan di prasekolah. Selain itu, proses set induksi yang menarik seperti permainan magic, penggunaan BBM yang menarik, rangsangan motivasi dan peranan guru itu sendiri serta rakan sebaya dalam sesuatu aktiviti dapat juga mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan di kelas prasekolah. Kesimpulannya, belajar melalui bermain telah berjaya mewujudkan proses pembelajaran kanak-kanak yang lebih menggembirakan dan bermakna serta dapat membantu mewujudkan perubahan sikap supaya sentiasa bersedia untuk belajar dalam kalangan kanak-kanak di kelas prasekolah. Keputusan menunjukkan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas prasekolah dalam mewujudkan kesediaan belajar kanak-kanak adalah saling berhubung di antara empat elemen iaitu kefahaman guru, pelaksanaan aktiviti, penggunaan bahan dan sifat peribadi guru dalam memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di kelas prasekolah. Kefahaman guru tentang pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi impak terhadap kesediaan murid untuk belajar di dalam kelas prasekolah selari dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.