Analisis dan peramalan data siri masa aliran sungai dengan menggunakan pendekatan kalut (IR)
Aliran sungai penting untuk dianalisis dan diramal bagi menyalurkan maklumat aliran sungai di kawasan berkepentingan di Malaysia bagi tujuan pengurusan sumber air dan pengawalan banjir. Maka, satu kajian telah dijalankan dengan mengaplikasikan pendekatan kalut bagi menganalisis dan meramal aliran su...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
語言: | zsm |
出版: |
2015
|
主題: | |
在線閱讀: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1246 |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Aliran sungai penting untuk dianalisis dan diramal bagi menyalurkan maklumat aliran sungai di kawasan berkepentingan di Malaysia bagi tujuan pengurusan sumber air dan pengawalan banjir. Maka, satu kajian telah dijalankan dengan mengaplikasikan pendekatan kalut bagi menganalisis dan meramal aliran sungai di beberapa kawasan berkepentingan di Malaysia. Perlaksanaan kajian ini adalah merangkumi tiga objektif iaitu (1) mengenal pasti kehadiran telatah kalut pada aliran sungai; (2) meramal siri masa aliran sungai dan (3) mencadangkan kaedah penambahbaikan bagi peramalan aliran sungai. Kajian ini diperincikan kepada kawasan yang lebih spesifik bagi meneliti kesesuaian kaedah yang digunakan. Kawasan yang berbeza ini adalah meliputi stesen aliran sungai di kawasan yang mempunyai keluasan tadahan air yang berbeza, aliran sungai di dataran banjir dan aliran sungai di bandar. Kaedah dimensi korelasi digunakan bagi mencapai objektif yang pertama. Hasil kajian menunjukkan semua aliran sungai yang dikaji adalah bertelatah kalut dengan mencatatkan nilai dimensi korelasi yang rendah. Maka, kehadiran telatah kalut pada aliran sungai di kawasan berkepentingan di Malaysia dapat dikenal pasti. Manakala, hasil kajian bagi objektif yang kedua menunjukkan data aliran sungai yang digunakan di dalam kajian ini dapat diramal dengan menggunakan pendekatan kalut. Hasil penelitian terhadap peramalan bagi skala masa harian dan mingguan menunjukkan peramalan data aliran sungai di kawasan ini adalah lebih tepat diramal dengan menggunakan nilai dimensi pembenaman optimum daripada pendekatan songsang berbanding kaedah piawai. Objektif ketiga yang mencadangkan penambahbaikan pendekatan kalut dengan menekankan isu pengurangan gangguan. Hasil kajian menunjukkan data aliran sungai berjaya diramal dan mencatatkan peningkatan masing-masing sehingga 0.68% dan 1.29% bagi peramalan data harian dan mingguan apabila dibandingkan dengan hasil peramalan dengan menggunakan pendekatan kalut. Kesimpulannya, pendekatan kalut berjaya diaplikasikan bagi meramal aliran sungai di kawasan berkepentingan di Malaysia. Maka, hasil kajian ini dapat menyumbangkan maklumat aliran sungai kepada pihak yang berkenaan bagi menguruskan sumber air dan pengawalan banjir bagi kawasan yang dikaji. |
---|