Kesan pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding terhadap pencapaian dan peningkatan pembelajaran ICT pelajar tingkatan 4 (IR)

Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dari segi pencapaian dan peningkatan pembelajaran Information and Communication Technology (ICT) pelajar di Tingkatan 4. Kajian melibatkan dua set modul, iaitu modul pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faridah Salam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1248
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dari segi pencapaian dan peningkatan pembelajaran Information and Communication Technology (ICT) pelajar di Tingkatan 4. Kajian melibatkan dua set modul, iaitu modul pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding dan modul pembelajaran berasaskan projek sedia ada. Kedua-dua modul tersebut digunakan sebagai panduan dalam pelaksanaan kerja projek bagi topik Perkakasan Komputer. Modul pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding telah direka bentuk dan dibangunkan berdasarkan model Analisis, Reka Bentuk, Bina, Laksana dan Nilai, manakala modul pembelajaran berasaskan projek sedia ada menggunakan templat Perancangan Unit Intel. Kajian ini adalah berdasarkan kepada pendekatan eksperimen kuasi menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan tak seimbang untuk menilai keberkesanan pendekatan pengajaran terhadap pencapaian, penglibatan keseluruhan, penglibatan emosi, penglibatan tingkah laku, penglibatan kognitif, interaksi, dan kualiti produk yang dihasilkan oleh para pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 47 pelajar yang dipilih dari dua buah sekolah di daerah Kerian, Perak yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Hipotesis telah diuji menggunakan analisis multivariat kovarian (MANCOVA) dengan pelarasan Bonferroni dan analisis Mann-Whitney. Prosedur partial eta-squared dan r digunakan untuk mengira kesan saiz sampel bagi menunjukkan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian dan kualiti produk yang dihasilkan oleh para pelajar. Sebaliknya, perbezaan antara tahap penglibatan dan interaksi diperhatikan sebagai tidak signifikan. Dapatan ini menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding adalah lebih berkesan dalam menyokong pembelajaran ICT pelajar dari segi meningkatkan tahap pencapaian dan kualiti produk yang dihasilkan oleh pelajar berbanding dengan tahap penglibatan dan interaksi dalam kalangan mereka. Oleh itu, pendekatan pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding boleh digunakan sebagai satu pendekatan pengajaran alternatif yang menyumbang secara positif kepada prestasi pembelajaran pelajar.