Keunggulan unsur falsafah pendidikan kebangsaan dalam puisi tradisional Melayu KOMSAS (IR)

Kajian ini bertujuan menjelaskan keunggulan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam 30 buah puisi tradisional Komponen Sastera (KOMSAS). Kumpulan teks KOMSAS yang terlibat dalam kajian ini ialah Kasut kelopak Jantung (Tingkatan Satu), Gema Sepi Gadis Genius (Tingkatan Dua), Harga Sebuah Luk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nordiana Ab. Jabar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1249
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menjelaskan keunggulan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam 30 buah puisi tradisional Komponen Sastera (KOMSAS). Kumpulan teks KOMSAS yang terlibat dalam kajian ini ialah Kasut kelopak Jantung (Tingkatan Satu), Gema Sepi Gadis Genius (Tingkatan Dua), Harga Sebuah Lukisan (Tingkatan Tiga ), Harga Remaja (Tingkatan Empat) dan Dirgahayu Bahasaku ( Tingkatan Lima). 30 buah puisi tradisional yang terlibat ialah 15 buah pantun, 11 buah syair, dua buah gurindam dan dua buah seloka. Kaedah kualitatif digunakan iaitu mengkaji teks-teks KOMSAS yang terlibat dengan mengaplikasikan teori Teksdealisme melalui prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Tiga objektif utama kajian; iaitu menilai keunggulan 15 unsur FPK yang terdapat dalam 30 buah puisi tradisional teks KOMSAS. Membuktikan wujudnya hubungan unsur-unsur pendidikan yang terdapat dalam FPK dengan Puisi Tradisonal Melayu KOMSAS dan menganalisis tahap kerelevanan 30 buah puisi tradisional Melayu dalam teks KOMSAS. Tiga dapatan kajian menunjukkan kewujudan lima belas unsur FPK terdapat dalam 30 puluh buah puisi tradisional melalui asas pertama teori teksdealisme iaitu prinsip kehadiran. Kedua, proses pengekalan dan perubahan tema membuktikan puisi tradisional teks KOMSAS relevan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, Citra masyarakat dan elemen pendidikan saling berkaitan dengan unsur FPK. Implikasinya, penerapan FPK melahirkan keseimbangan insan dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui puisi tradisional KOMSAS.