Pengaruh gaya kepimpinan, kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan terhadap prestasi (PKS) usahawan kaum India di Malaysia (IR)

Kajian empirikal ini dibentuk untuk mengenal pasti perhubungan antara gaya kepimpinan, kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS dalam kalangan usahawan kaum India. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji peranan gaya kepimpinan dalam mempengaruhi kompetensi pengurusan, o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yogeswaran Vadivelu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1256
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian empirikal ini dibentuk untuk mengenal pasti perhubungan antara gaya kepimpinan, kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS dalam kalangan usahawan kaum India. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji peranan gaya kepimpinan dalam mempengaruhi kompetensi pengurusan, orientasi keusahawanan dan prestasi PKS. Sebanyak 180 orang respoden yang mewakili firma PKS dari 8 buah negeri telah dijadikan sampel dalam kajian ini yang dipilih melalui kaedah persampelan sistematik. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik MLQ (Avolio & Bass, 2004), kompetensi pengurusan (Robbins, 2005), orientasi keusahawanan (Covin & Slevin, 1989) dan prestasi firma (Lumpkin & Dess, 2006). Analisis korelasi dan regresi berganda telah digunakan untuk menjawab semua hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan ketiga-tiga pemboleh ubah bebas iaitu gaya kepimpinan (transformasi dan transaksi), kompetensi pengurusan (merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal) dan orientasi keusahawanan (inovasi, proaktif dan pengambilan risiko) mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi PKS. Kajian ini mendapati gaya kepimpinan transformasi, kompetensi memimpin dan strategi inovasi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi PKS. Hasil kajian juga turut mendapati bahawa gaya kepimpinan transformasi mempengaruhi hubungan dengan kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan serta prestasi PKS. Dapatan dari kajian ini diharap dapat dimanfaatkan oleh pihak kerajaan, para usahawan India, pengkaji lain dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang kepimpinan keusahawanan.