Penggunaan kaedah fonik dalam pengajaran kemahiran bacaan awal kanak-kanak prasekolah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Kaedah Fonik dalam kemahiran bacaan awal bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah kuasi-eksperimental digunakan dalam kajian ini dengan setiap kumpulan rawatan dan kawalan masing-masing terdiri daripada 50 orang kanak-kana...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Sharipah Amalhayaty Syed Ahmad
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2015
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1258
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Kaedah Fonik dalam kemahiran bacaan awal bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah kuasi-eksperimental digunakan dalam kajian ini dengan setiap kumpulan rawatan dan kawalan masing-masing terdiri daripada 50 orang kanak-kanak prasekolah. Kumpulan rawatan menggunakan Kaedah Fonik manakala kumpulan kawalan menggunakan Kaedah Abjad. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan skor min yang signifikan bagi pencapaian kemahiran mengeja perkataan dan kemahiran membaca ayat mudah bahasa Melayu bagi kumpulan rawatan. Penggunaan Kaedah Fonik sebagai kaedah pengajaran adalah sesuai digunakan untuk membantu kemahiran mengeja perkataan dan kemahiran membaca ayat mudah bahasa Melayu bagi kanak-kanak prasekolah dalam kajian ini. Kaedah Fonik memberi impak positif dan sesuai diguna pakai sebagai kaedah pilihan kepada kanak-kanak prasekolah dalam usaha meningkatkan kemahiran bacaan awal bahasa Melayu di kelas prasekolah.