Pembinaan instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik Sekolah Menengah (IR)

Kajian ini bertujuan membina instrumen bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur mengenal pasti dua komponen utama iaitu, ciri-ciri sedia ada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shafini Suhaimi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1260
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina instrumen bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur mengenal pasti dua komponen utama iaitu, ciri-ciri sedia ada guru Matematik dan amalan guru Matematik. Ciri-ciri sedia ada guru Matematik merangkumi empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan guru, kemahiran guru dan sikap guru. Manakala, amalan guru Matematik pula terdiri daripada lima konstruk iaitu cetakan biru mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Dapatan daripada kajian rintis adalah kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Lima orang pakar yang terdiri daripada pensyarah universiti dan guru sekolah yang berpengalaman dalam bidang Pendidikan Matematik telah mengesahkan kandungan instrumen yang dibina. Kajian rintis juga mendapati bahawa nilai pekali kebolehpercayaacn ialah 0.964. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik yang telah disahkan kandungannya dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Impak daripada hasil kajian ini adalah keupayaan instrumen memperoleh maklumat mengenai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah.