Pembinaan instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik Sekolah Menengah (IR)

Kajian ini bertujuan membina instrumen bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur mengenal pasti dua komponen utama iaitu, ciri-ciri sedia ada...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Shafini Suhaimi
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2015
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1260
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan membina instrumen bagi menilai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur mengenal pasti dua komponen utama iaitu, ciri-ciri sedia ada guru Matematik dan amalan guru Matematik. Ciri-ciri sedia ada guru Matematik merangkumi empat konstruk iaitu kepercayaan dan nilai guru, pengetahuan guru, kemahiran guru dan sikap guru. Manakala, amalan guru Matematik pula terdiri daripada lima konstruk iaitu cetakan biru mata pelajaran, hasil pembelajaran, hasil sasaran yang dijangka, folio A dan folio B. Dapatan daripada kajian rintis adalah kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Lima orang pakar yang terdiri daripada pensyarah universiti dan guru sekolah yang berpengalaman dalam bidang Pendidikan Matematik telah mengesahkan kandungan instrumen yang dibina. Kajian rintis juga mendapati bahawa nilai pekali kebolehpercayaacn ialah 0.964. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan instrumen penilaian amalan pentaksiran guru Matematik yang telah disahkan kandungannya dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Impak daripada hasil kajian ini adalah keupayaan instrumen memperoleh maklumat mengenai amalan pentaksiran guru Matematik sekolah menengah.