Hubungan sikap dan motivasi dengan pencapaian bahasa Inggeris murid Sekolah Kebangsaan Felda daerah Bera (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap terhadap Bahasa Inggeris dan motivasi untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris murid Tahun Lima di sekolah-sekolah kebangsaan FELDA di daerah Bera, Pahang. Seramai 205 orang murid Tahun Lima di lapan buah seko...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mariani Mohd Nor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1261
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap terhadap Bahasa Inggeris dan motivasi untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris murid Tahun Lima di sekolah-sekolah kebangsaan FELDA di daerah Bera, Pahang. Seramai 205 orang murid Tahun Lima di lapan buah sekolah telah dipilih melalui persampelan rawak kelompok. Soal selidik Scheffe (2009) digunakan untuk mengumpul data mengenai sikap terhadap Bahasa Inggeris dan motivasi untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Manakala, maklumat mengenai pencapaian Bahasa Inggeris diperoleh daripada markah Ujian Pertengahan Tahun 2014 yang disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bera. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif iaitu frekuensi dan peratus serta analisis inferensi iaitu korelasi Pearson dan regresi berganda kaedah stepwise. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian Bahasa Inggeris bagi majoriti responden adalah pada tahap sederhana (69.3%) dan bilangan responden yang lemah dalam Bahasa Inggeris (28.8%) adalah jauh lebih ramai berbanding murid yang cemerlang (2.0%). Di samping itu, terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap Bahasa Inggeris dengan motivasi untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Selain itu, berdasarkan hasil analisis regresi berganda pula, didapati pemboleh ubah utama yang mempengaruhi pencapaian Bahasa Inggeris ialah sikap negatif murid terhadap Bahasa Inggeris (F = 30.639, p = 0.001. Kesimpulannya, pencapaian Bahasa Inggeris mempunyai perkaitan yang rapat dengan sikap murid. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa pencapaian Bahasa Inggeris boleh ditingkatkan jika sikap negatif murid terhadap Bahasa Inggeris diubah.