Analisis masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah disiplin berat berlaku yang dalam kalangan pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di negeri Perak. Seramai 20 orang pelajar dipilih sebagai responden kajian ini. Kaedah Pedagogi Hermeneutik digunakan dalam kaj...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Marydevi Taniapa
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2015
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1266
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah disiplin berat berlaku yang dalam kalangan pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di negeri Perak. Seramai 20 orang pelajar dipilih sebagai responden kajian ini. Kaedah Pedagogi Hermeneutik digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data. Transkrip temu bual digunakan untuk mengumpul data daripada responden. Hasil kajian menunjukkan jenis-jenis masalah disiplin berat yang sering berlaku dalam kalangan pelajar ialah kes pergaduhan, merokok, buli dan peras ugut. Faktorfaktor paling dominan yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar sekolah menengah ialah faktor rakan sebaya dan ibu bapa. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengurangkan masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar sekolah menengah.