Elemen tanggungjawab menurut Ibnu Taymiyyah dan Immanuel Kant (IR)
Kajian ini membincangkan tanggungjawab manusia antara Ibnu Taymiyyah yang mewakili dunia Islam dan Immanuel Kant yang mewakili dunia Barat. Tanggungjawab dalam pemikiran Ibnu Taymiyyah adalah hasil daripada pandangan kritis terhadap pemikiran aliran-aliran sebelumnya iaitu al-Jabariyyah, Muktazilah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1276 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan tanggungjawab manusia antara Ibnu Taymiyyah yang mewakili dunia Islam dan Immanuel Kant yang mewakili dunia Barat. Tanggungjawab dalam pemikiran Ibnu Taymiyyah adalah hasil daripada pandangan kritis terhadap pemikiran aliran-aliran sebelumnya iaitu al-Jabariyyah, Muktazilah dan al-Asha'irah. Manakala, tanggungjawab dalam pemikiran Immanuel Kant adalah melestarikan pandangan kritis terhadap pemikiran sebelumnya iaitu determinism incompatabilism (pemikiran fatalisme) dan indeterminism (menolak pemikiran fatalisme). Objektif pertama kajian ini adalah menjustiftkasi tanggungjawab manusia yang melibatkan kudrat, pengetahuan, kehendak dan perbuatan manusia. Objektif kedua adalah menjelaskan konsep dan elemen tanggungjawab dalam pemikiran Ibnu Taymiyyah dan Immanuel Kant. Objektif ketiga adalah membuat penilaian konsep dan elemen tangggungjawab dalam pemikiran kedua-duanya. Bagi mencapai objektif ini, metode kajian yang digunakan adalah analisis dokumen iaitu mengumpul datadata daripada karya-karya Ibnu Taymiyyah dan Immanuel Kant, dan turut menggunakan metode analisis yang terdiri daripada metode induktif, metode deduktif, metode komparatif dan metode pengkategorian. Hasil kajian mendapati bahawa Ibnu Taymiyyah menggunakan konsep al- Taklif dan Immanuel Kant menggunakan konsep duty bagi menjelaskan tanggungjawab manusia. Kedua-duanya menghubungkan tanggungjawab dengan elemen-elemen tanggungjawab iaitu perbuatan, kudrat atau kebebasan, pengetahuan dan kehendak bagi menjustifikasi tanggungjawab. Kajian ini juga mendapati bahawa Ibnu Taymiyyah lebih cenderung mengatakan perbuatan . menunjukkan kekuatan kehendak kerana bersandarkan nas syarak dan akal berbanding Immanuel Kant yang lebih cenderung mengatakan pengetahuan menunjukkan kekuatan kehendak kerana bersandarkan teori categorical imperative, dan penghormatan kepada undang-undang moral yang tidak terpisah daripada agama melalui konsep 'kebaikan tertinggi'. |
---|