Penerapan teori stilistik dan teksdealisme bagi menganalisis puisi Tri-V Abdul Ghafar Ibrahim (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis puisi-puisi Tri-V (verbal,vokal,visual) ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) menerusi penerapan teori sastera moden iaitu stilistik dan teksdealisme. Objektif kajian terarah kepada mengidentifikasi bentuk-bentuk deviasi, pemikiran serta individualisme yang terda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Saipuddin Suliman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1290
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis puisi-puisi Tri-V (verbal,vokal,visual) ciptaan Abdul Ghafar Ibrahim (AGI) menerusi penerapan teori sastera moden iaitu stilistik dan teksdealisme. Objektif kajian terarah kepada mengidentifikasi bentuk-bentuk deviasi, pemikiran serta individualisme yang terdapat dalam karya puisi beliau. Metodologi kajian melibatkan penyelidikan kualitatif berdasarkan analisis kandungan berhubung unsur penyimpangan bahasa menerusi pendekatan Donald C. Freeman iaitu fonologi, leksikologi, sintaksis, semantik, morfologi dan grafologi. Analisis juga melibatkan teknik bacaan rapi terhadap empat buah kumpulan puisi AGI iaitu Tan Sri Bulan (1976), Tak Tun (1978), Yang Yang (1986) dan Takkan Hilang (2008) bagi mengenalpasti prinsip kehadiran, pelanggaran, pengukuhan serta individualisme penyair. Kajian mendapati variasi gaya bahasa serta penyimpangan yang dicipta oleh AGI dalam puisi-puisi Tri-V nukilan beliau banyak menyimpang daripada hukum tatabahasa dan aturan bentuk konvensional. Namun begitu, karyakarya beliau sarat dengan pemikiran dan falsafah yang mengangkat idiosinkrasi serta individualisme kepenyairan beliau. Secara kesimpulannya, kajian ini membuktikan dunia sastera Melayu begitu kaya dengan hasil karya yang unik, bervariasi serta tinggi nilai pemikiran. Implikasi kajian menunjukkan bahawa sesebuah ciptaan atau hasil karya yang melanggar aturan konvensional serta menyimpang daripada aspek kebahasaan boleh membinasakan mutu karya wajar diperbetulkan dalam usaha memartabatkan dunia sastera tanah air ke persada antarabangsa.