Penilaian program memperkukuh bahasa Inggeris di sekolah rendah negeri Kelantan (IR)

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan input dilaksanakan dalam program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) di sekolah rendah menepati arahan pekeliling perbendaharaan Bil.2 Tahun 2012,Bajet Berasaskan Outcome (OBB). Kajian kuantitatif ini dijalankan seca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norizan Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1291
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan input dilaksanakan dalam program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) di sekolah rendah menepati arahan pekeliling perbendaharaan Bil.2 Tahun 2012,Bajet Berasaskan Outcome (OBB). Kajian kuantitatif ini dijalankan secara tinjauan (survey) dengan menggunakan borang soal selidik rubrik dua lapis (DLR) dan diedarkan secara rawak melibatkan 62 sekolah dan seramai 297 orang guru sebagai sampel kajian. Sebanyak 11 hipotesis dibina dan diuji menggunakan ujian-t untuk melihat perbezaan lokasi sekolah iaitu bandar dan luar bandar, ujianAnalysis of Variances(ANOVA) sehala pula untuk melihat perbezaan terhadap pengalaman guru mengajar BI. Manakala Multivariate Analysis of Variance(MANOVA) pula dilakukan untuk melihat perbezaan atribut penilaian input dan dimensi penilaian proses berdasarkan jantina dan opsyen guru serta analisis regresi berganda stepwise pula untuk melihat peramal yang menyumbang terhadap program MBI. Dapatan kajian dari ujian t yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan aspek input dan proses antara sekolah bandar dan luar bandar dalam pelaksanaan program MBI. Ujian ANOVA sehala pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi pemantauan berdasarkan pengalaman guru mengajar BI. Dapatan MANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan atribut keberkesanan input terhadap opsyen guru manakala dimensi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina guru dalam pelaksanaan program MBI di sekolah. Seterusnya dapatan dari ujian regresi berganda stepwise yang dilakukan mendapati hanya satu atribut sahaja yang menjadi peramal dan menyumbang dalam kejayaan program MBI iaitu atribut keberkesanan input dengan nilai sebanyak 32.7 peratus sahaja dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Sumbangan ini akan bertambah besar sekiranya hasil dapatan kajian ini diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak pembuat dasar khasnya bagi melaksanakan penambahbaikan agar dapat memantapkan lagi pelaksanaan program MBI di sekolah rendah memandangkan program ini akan diteruskan sehingga 2025.