Perikanan lestari zon pinggir pantai berasaskan kearifan tempatan di Kabupaten Raja Ampat provinsi Papua Barat republik Indonesia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan bentuk kearifan tempatan bagikegunaan pemeliharaan perikanan lestari di kawasan konservasi zon pinggir pantai Teluk Mayalibit,Kabupaten Raja Ampat, Provinsi Papua Barat, Republik Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatankaedah kuantitatif dan ku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Endang Gunaisah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=14
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis dan bentuk kearifan tempatan bagikegunaan pemeliharaan perikanan lestari di kawasan konservasi zon pinggir pantai Teluk Mayalibit,Kabupaten Raja Ampat, Provinsi Papua Barat, Republik Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatankaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan soal selidik dan temu bual sebagai instrumenkajian. Pemilihan sampel menggunakan pensampelan bertujuan dengan melibatkan 248 orang penduduk zonpinggir pantai manakala 30 orang pemegang taruh bagi temu bual berstruktur dan tidak berstruktur.Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, Rapid Appraisal Process (RAP), MultiDimensional Scaling (MDS) dan Analytic Hierarchy Process (AHP). Dapatan kajian menunjukkan bahawaterdapat lima kearifan tempatan dikenal pasti termasuk ‘Sasi’ yang digunakan dalam pemeliharaanperikanan lestari. Dapatan kajian juga menunjukkan kelestarian kearifan tempatan wujud melaluinilai- nilai dimensi daripada analisis RAP MDS iaitu daripada dimensi sosial, ekonomi dan budaya(50.85) yang dijana daripada 17 atribut, dimensi tadbir urus (53.31) daripada 10 atribut sertadimensi ekologi perairan (51.04) daripada 10 atribut bagi penetapan kelestarian. Selain itu,keutamaan pemeliharaan perikanan lestari kawasan konservasi zon pinggir pantai daripada dapatan AHPmenunjukkan terdapat tiga skala utama kearifan tempatan iaitu ekologi perairan (0.41), sosialekonomi dan budaya (0.32) serta tadbir urus (0.29). Kesimpulannya, ‘Sasi’ adalah bentuk kearifantempatan utama yang digunakan untuk perikanan lestari di kawasan konservasi zon pinggir pantaiTeluk Mayalibit, Kabupaten Raja Ampat. Implikasi kajian ini ialah membantu dalam menambahbaikperancangan pemeliharaan perikanan lestari di Wilayah Papua Barat serta membantu pihak berkuasanegara Republik Indonesia dalam menguruskan serta mengekalkan kawasan konservasi zon pinggirpantai tanpa meminggirkanmasyarakat setempat.