Perspektif kaunselor terhadap kanak-kanak bercirikan personaliti indigo berdasarkan pendekatan teori pilihan terapi realiti (IR)

Kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti personaliti kanak-kanak bercirikan Indigo dan mengkaji keberkesanan CTRT dalam membantu kanak-kanak Indigo ke arah perkembangan positif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kajian kes untuk memperoleh maklumat secara mendalam. Sampel kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yuan, Meng Yong
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1435
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti personaliti kanak-kanak bercirikan Indigo dan mengkaji keberkesanan CTRT dalam membantu kanak-kanak Indigo ke arah perkembangan positif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kajian kes untuk memperoleh maklumat secara mendalam. Sampel kajian terdiri daripada empat (4) orang kaunselor di sekitar Miri, Sarawak yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data yang dikumpul melalui temubual ke atas empat (4) orang sampel kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo versi 10.0. Dapatan kajian telah memberi gambaran umum tentang personaliti kanak-kanak bercirikan Indigo, keperluan kanak-kanak bercirikan Indigo dari perspektif CTRT, proses pengendalian kaunselor berdasarkan CTRT, penglibatan kaunselor dalam membantu kanak-kanak bercirikan Indigo dan kesan CTRT ke atas perkembangan golongan kanak-kanak berkenaan. Secara umumnya, kajian telah menunjukkan bahawa CTRT telah berjaya membantu kaunselor dalam proses menjalinkan hubungan dengan kanak-kanak bercirikan Indigo. Selain itu, kajian turut menunjukkan bahawa CTRT berjaya membantu golongan kanak-kanak tersebut untuk mendalami dunia mereka dan membuat penilaian secara menyeluruh. Akhir sekali, perkembangan positif kanak-kanak bercirikan Indigo tersebut telah diperhatikan setelah mereka memeperoleh bantuan dari kaunselor yang mempraktikkan tingkah laku membina seperti mana yang digariskan oleh CTRT. Kajian ini memberi implikasi ke atas perkembangan amalan bimbingan dan kaunseling dan menekankan fungsi kanselor sepajang proses bimbingan dan kaunseling diamalkan. Selain itu, kajian ini telah memperbaharui perspektif orang ramai terhadap kanak-kanak bercirikan Indigo. Seterusnya, bagaimana CTRT dipraktikan dalam usaha memperkembangkan golongan kanak-kanak ini ke arah positif turut membuka mata para pendidk dan penyelidik. Secara keseluruhan, kajian ini telah mewujudkan satu pentas kepada para pendidik dan penyelidik untuk menilai semula keperluan golongan kanak-kanak ini serta mencadangkan altenatif-altenatif yang boleh diambil untuk membantu kanak-kanak tersebut.