Penilaian Kursus Kefahaman Islam Bersepadu di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai Kursus Kefahaman Islam Bersepadu yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM. Kursus ini merupakan satu kursus fungsional yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM yang melibatkan semua peringkat anggota ATM. Kajian ini menggun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Rashidi Bujai
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1438
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai Kursus Kefahaman Islam Bersepadu yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM. Kursus ini merupakan satu kursus fungsional yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM yang melibatkan semua peringkat anggota ATM. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP untuk menilai pelaksanaannya melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 340 orang pelatih yang pernah menghadiri Kursus Kefahaman Islam Bersepadu telah dipilih secara rawak berstruktur untuk menjawab borang soal selidik. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Data kajian juga dianalisis secara inferensi untuk mendapatkan t-Test, ANOVA dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan pelaksanaan Kursus Kefahaman Islam Bersepadu berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan elemen yang dinilai pada input, proses dan produk juga berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pada pencapaian pelatih Kursus Kefahaman Islam Bersepadu berdasarkan kategori pangkat dan tempoh lama berkhidmat. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penilaian input dengan pencapaian pelatih dan antara penilaian proses dengan pencapaian pelatih. Kajian ini membawa kepada implikasi perubahan inkremental dalam keseluruhan elemen penilaian input, proses dan produk kecuali dua elemen dalam penilaian produk sahaja iaitu Tarbiyah Nafsiyah (Pendidikan Mental) dan Tarbiyah Ijtimaiyyah (Pendidikan Kemasyarakatan) yang hanya memerlukan kepada perubahan homeostatik. Penilaian terhadap pelaksanaan Kursus Kefahaman Islam Bersepadu yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM telah memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran dan pengajaran serta dapat memperbaiki sistem latihan yang telah sedia ada.