Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah: satu kajian kes (IR)

Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran muzik di sekolah rendah. Kajian ini akan meneliti adakah pelaksanaan pengajaran muzik di sekolah rendah menepati dasar yang telah ditetapkan oleh Kemen...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nik Aida Musnie Nik Mahmood
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1444
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kajian kes. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran muzik di sekolah rendah. Kajian ini akan meneliti adakah pelaksanaan pengajaran muzik di sekolah rendah menepati dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? Hal ini dikatakan demikian kerana sebahagian besar pelajar yang meneruskan pembelajaran pada peringkat sekolah menengah didapati tidak menguasai kemahiran-kemahiran muzik yang sepatutnya dikuasai oleh mereka ketika berada pada peringkat sekolah rendah. Kajian ini menggunakan empat instrumen untuk mendapatkan data. Instrumen yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian, analisis dokumen, dan rakaman audio video. Prosedur analisis data terbahagi kepada enam fasa, iaitu a) menyusun atur data; b) menjana kategori, tema, dan pola; c) mengekodkan data; d) menguji kefahaman yang timbul; e) mencari penerangan alternatif, dan j) menulis laporan. Kajian ini diharapkan dapat membantu muridmurid, guru-guru, dan pihak sekolah dalam melaksanakan pengajaran muzik dengan lebih berkesan.