Kajian retrospektif insiden pergunungan di Malaysia (IR)

Pengenalan: Matlamat utama kajian ini adalah untuk mendokumentasi serta mengenalpasti punca insiden kemalangan yang telah berlaku dalam aktiviti mendaki gunung di Malaysia dalam tempoh 1996 hingga 2014. Seterusnya penyelidik membina sebuah model pencegahan kemalangan berdasarkan Model Potensi Kemala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Jazwiri Johannis
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1455
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengenalan: Matlamat utama kajian ini adalah untuk mendokumentasi serta mengenalpasti punca insiden kemalangan yang telah berlaku dalam aktiviti mendaki gunung di Malaysia dalam tempoh 1996 hingga 2014. Seterusnya penyelidik membina sebuah model pencegahan kemalangan berdasarkan Model Potensi Kemalangan (Brackenreg, 1999) dan Matriks Potensi Penyebab Kemalangan Dalam Rekreasi Luar (Williamson, 2009) untuk dicadangkan kepada agensi yang terlibat industri pendakian gunung. Metodologi: Kajian ini mengunakan kaedah retrospektif di mana pelbagai laporan insiden dan kemalangan di pergunungan yang telah berlaku dalam tempoh 1996 hingga 2014 dianalisis. Data akan dipungut dari arkib berita dan pangkalan data atas talian menggunakan kata kunci tertentu. Menggunakan teknik DAT (Data Abstract Tool), data akan disisih dan diorganisasi dalam bentuk jadual matriks bagi memudahkan interpretasi data seterusnya dianalisis secara deskriptif. Dapatan: Kajian mengenalpasti sebanyak 134 insiden kemalangan di pergunungan di sepanjang tahun 1996 - 2014. Ciri - ciri insiden yang dikenalpasti ialah sesat (52 kes), terjatuh (26 kes), terkandas (19 kes), mati mengejut (14 kes), lemas (9 kes), ditimpa objek (5 kes), orang hilang (4 kes), dipanah petir (3 kes), diserang haiwan (1 kes) dan letupan (1 kes). Insiden di atas telah melibatkan seramai 665 mangsa dengan 47 kematian, 64 kecederaan dan 554 lain - lain (terkandas, hampir lemas, histeria dan sebagainya). Hasil analisis data kajian ini digunakan untuk membentuk Model Pencegahan Insiden Pergunungan (MPIP) di Malaysia. Kesimpulan: Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak yang terlibat memahami insiden kemalangan di pergunungan dengan lebih tepat dan seterusnya merancang langkah mencegah insiden tersebut.