Kesan penggunaan komik bergerak terhadap prestasi pelajar dalam matapelajaran Sejarah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi penggunaan motion comic dalam meningkatkan prestasi pelajar bagi matapelajaran Sejarah tingkatan empat, Reka bentuk eksperimen kumpulan kawalan dengan ujian pasca sahaja digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar ting...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Ekram AI Hafis Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1459
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi penggunaan motion comic dalam meningkatkan prestasi pelajar bagi matapelajaran Sejarah tingkatan empat, Reka bentuk eksperimen kumpulan kawalan dengan ujian pasca sahaja digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatanempat yang dipilih secara rawak di sebuah sekolah di Hilir Perak. Sampel tersebut diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan pelajar seramai 60 orang bagi setiap kumpulan, iaitu kumpulan rawatan ( motion comic ) dan kumpulan kawalan ( konvensional ). Analisis data telah dijalankan menggunakan ujian-T sampel bebas dengan skor ujian pasca sebagai pembolehubah bersandar. Hasil dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan dan lebih baik bagi prestasi pelajar dalam kumpulan rawatan ( motion comic ) berbanding kumpulan kawalan ( konvensional ). Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan motion comic berkesan dalam pembelajaran matapelajaran Sejarah tingkatan empat.