Tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar orang asli di sebuah sekolah menengah (IR)

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar orang asli di sebuah sekolah menengah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tingkah laku bermasalah, faktor penyebab tingkah laku bennasalah, jenis tingkah laku bennasalah yang kerap dilakukan serta mengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zaleha Hasbullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1463
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tingkah laku bermasalah dalam kalangan pelajar orang asli di sebuah sekolah menengah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tingkah laku bermasalah, faktor penyebab tingkah laku bennasalah, jenis tingkah laku bennasalah yang kerap dilakukan serta menganalisis psikologi pelajar terlibat dengan tingkah laku ponteng sekolah berdasarkan pendekatan REBT. Kajian ini berbentuk kajian kes yang menggunakan kaedah perbincangan kelompok fokus melibatkan 18 orang pelajar orang asli dari suku Semai dan Temiar dan temu bual individu terhadap seorang Penyelia asrama, seorang Tok Batin berketurunan Temiar dan seorang Warden asrama. Fasa kedua kajian pula menggunakan kaedah temu bual individu melibatkan lima orang peserta kajian dengan disokong oleh analisis dokumen. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian NVIVO. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sepuluh jenis tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh pelajar dan enam faktor utama yang menyebabkan pelajar melakukan tingkah laku tersebut. Dapatan data juga menunjukkan tingkah laku ponteng merupakan tingkah laku yang paling kerap dilakukan. Analisis menggunakan pendekatan REBT mengenal pasti peristiwa yang menjadi pencetus kepada tingkah laku bermasalah, sistem pemikiran tidak rasional seterusnya kesan yang terhasil dari sistem pemikiran tidak rasional dari sudut emosi dan tingkah laku. Dapatan ini boleh membantu kaunselor sekolah berkenaan dalam memahami tingkah laku bennasalah pelajar orang asli berdasarkan kepada pendekatan teori Pembelajaran Sosial. Kajian ini juga membantu kaunselor dalam memahami tingkah laku ponteng sekolah dan sebagai langkah awal dalam intervensi menangani tingkah laku ponteng sekolah dalam kalangan pelajar orang asli.