Kesan program perkhemahan pendidikan luar terhadap sikap alam sekitar dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam (IR)

Kajian ini adalah bertujuan menentukan kesan program Perkhemahan Pendidikan Luar Model UPSI (PPLU) bagi sikap pelajar terhadap alam sekitar berdasarkan jantina, tempat tinggal dan juga perbezaan pendapat individu tentang alam sekitar. Kajian ini menggunakan rekabentuk Quasi Eksperimental (pra ujian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar Firdaus Mohd Said
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1469
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan menentukan kesan program Perkhemahan Pendidikan Luar Model UPSI (PPLU) bagi sikap pelajar terhadap alam sekitar berdasarkan jantina, tempat tinggal dan juga perbezaan pendapat individu tentang alam sekitar. Kajian ini menggunakan rekabentuk Quasi Eksperimental (pra ujian dan pasca ujian dengan kumpulan kawalan). Seramai 160 pelajar dipilih secara rawak sistematik dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan seramai 80 pelajar mengikuti program PPLU dan kumpulan kawalan seramai 80 pelajar mengikuti program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (PPUB). Manakala lapan orang pelajar dari kumpulan rawatan dipilih secara rawak bagi mengumpul data pemerhatian lapangan. Instrumen utama kajian ini adalah soal selidik Enviromental Attitudes Knowledge & Scale (EAKS) yang mempunyai 36 item soalan Sikap Terhadap Alam Sekitar. Pengkaji menggunakan pemerhatian lapangan berstruktur sebagai instrumen sokongan. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan beberapa analisis kajian iaitu peratusan, ujian t tidak bersandar dan ujian t berpasangan. Analisis regrasi berbilang juga digunakan untuk mencari faktor yang mempengaruhi perkaitan perubahan sikap individu. Dapatan kajian menyatakan pelajar yang tinggal di bandar dilihat mempunyai perubahan sikap yang signifikan terhadap alam sekitar selepas tamat program perkhemahan PPLU. Sebaliknya dapatan kajian bagi pembolehubah jantina dan pendapat menunjukkan tidak terdapat perubahan yang signifikan. Bagi dapatan regrasi berbilang pula menunjukkan, tempat tinggal dilihat sebagai predictors yang mempunyai perhubungan sangat rapat terhadap perubahan sikap pelajar terhadap alam sekitar. Rumusan kajian mendapati, tempat tinggal boleh mempengaruhi kepada perubahan sikap pelajar terhadap alam sekitar. Cadangan kajian masa depan dicadangkan penambahbaikan jumlah responden yang lebih besar iaitu seluruh Negeri Selangor, penambahbaikan pembolehubah yang lain dan juga pemantapan model perkhemahan PPLU yang boleh mempengaruhi perubahan sikap lebih menyeluruh terhadap alam sekitar.