Pemupukan kreativiti dan motivasi dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar berasaskan modul PIS (IR)

Kajian ini dijalankan bagi menilai amalan kreatif bagi pelaksanaan projek sains menggunakan Modul Projek Inovasi Sains (Modul PIS). Pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS bertujuan memupuk kreativiti, motivasi serta keyakinan diri. Kajian melibatkan 53 orang pelajar tingkatan empat aliran sains ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhayati Abdul Latif
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1471
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi menilai amalan kreatif bagi pelaksanaan projek sains menggunakan Modul Projek Inovasi Sains (Modul PIS). Pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS bertujuan memupuk kreativiti, motivasi serta keyakinan diri. Kajian melibatkan 53 orang pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran Biologi di sebuah sekolah di Daerah Kinta Utara. Reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Analisis terhadap Senarai Semak Amalan Kreatif, Borang Penilaian Kendiri, dokumen dan pemerhatian digunakan untuk menilai amalan kreatif Soal selidik digunakan untuk menilai motivasi dan keyakinan diri. Modul PIS dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan melibatkan tiga orang pelajar bagi setiap kumpulan. Dapatan menunjukkan min indikator bagi amalan kreatif bagi setiap fasa proses kreatif terarah menunjukkan keputusan yang signifikan dengan Fasa Persediaan 95.4%, Fasa Imaginasi 89.6%, Fasa Perkembangan 78.2% dan Fasa Tindakan 77.8%. Begitu juga motivasi dan keyakinan diri pelajar yang menunjukkan keputusan yang signifikan. Kedua-dua nilai min bagi motivasi dan keyakinan diri pelajar adalah 4.18. Kesimpulannya pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS mampu memupuk kreativiti dan motivasi serta keyakinan diri pelajar. Berdasarkan dapatan ini disarankan pihak sekolah menggunakan Modul PIS bagi pelaksanaan projek sains di sekolah.