Hubungan di antara gaya kognitif dan gaya belajar di kalangan pelajar tingkatan empat (IR)

Kajian ini membincangkan hubungan di antara gaya kognitif dan gaya belajar di kalangan pelajar tingkatan empat. Sampel kajian dipilih daripada empat buah sekolah menengah di sekitar Daerah Batang Padang, Perak. Group Embedded Figure Test (GEFT) digunakan bagi mengenalpasti dua jenis gaya kognitif ia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Haziyanti Mohamad Khalid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2003
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1473
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan hubungan di antara gaya kognitif dan gaya belajar di kalangan pelajar tingkatan empat. Sampel kajian dipilih daripada empat buah sekolah menengah di sekitar Daerah Batang Padang, Perak. Group Embedded Figure Test (GEFT) digunakan bagi mengenalpasti dua jenis gaya kognitif iaitu gaya kognitif bergantung medan dan bebas medan. Manakala Kolb :s Learning Style Inventory (KLSI), digunakan bagi mengenalpasti empat gaya belajar iaitu gaya belajar Diverger, Asimilator, Konverger dan Akomodator. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di an tara gay a kognitif dan gaya belajar berdasarkan sampel secara keseluruhan. Korelasi positif berlaku di antara skor GEFT dengan skor gay a belajar Asimilator dan Akomodator. Korelasi negatif pula berlaku di antara skor GEFT dengan skor Diverger dan Akomodator. Di samping itu, peratus kecenderungan pelajar tingkatan 'ernpat terhadap gaya kognitif bebas medan adalah lebih tinggi berbanding gaya kognitif bergantung medan. Kebanyakan pelajar juga lebih cenderung ke arah gaya belajar Konverger berbanding gaya belajar Diverger, Asimilator dan Akornodator. Hasil kajian diharap dapat dapat membantu guru dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih sempurna dan adil. xvi