Imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari (IR)
Kajian ini adalah mengenai imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita yang terdapat dalam cerpen-cerpen karya N. Mageswari. Kajian ini juga menganalisis perjuangan kaum wanita dalam cerpen-cerpen tersebut. Kajian ini turut dijalankan untuk men...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | thesis |
語言: | zsm |
出版: |
2015
|
主題: | |
在線閱讀: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1491 |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Kajian ini adalah mengenai imej wanita India dalam cerpen N. Mageswari. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita yang terdapat dalam cerpen-cerpen karya N. Mageswari. Kajian ini juga menganalisis perjuangan kaum wanita dalam cerpen-cerpen tersebut. Kajian ini turut dijalankan untuk menilai kepengarangan penulis N. Mageswari. Di samping itu, kajian ini memberi kesempatan untuk lebih mengenali imej wanita dan mengiktiraf kedudukan mereka dalam struktur sosial masyarakat India. Pendekatan ini akan mewujudkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita tentang hak mereka dalam masyarakat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Kaedah-kaedah ini membantu mengumpul dan menganalisis data dalam kajian ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada pemikiran feminisme. Melalui kajian ini, pengkaji menerangkan imej wanita, perjuangan kaum wanita dan kepengarangan pengarang. Justeru, pengkaji lebih menekankan kebebasan kaum wanita dan kesengsaraan hidup yang dialami oleh kaum wanita. Pengkaji juga turut membincangkan beberapa cerpen yang memaparkan masalah wanita dan tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan ini, pengkaji berharap bahawa kajian ini akan memberi sumbangan kepada kaum wanita dalam memperbaiki kehidupan mereka dan menggalakkan mereka supaya lebih berani dan berkeyakinan diri dalam menempuh liku-liku hidup. |
---|