Pengaruh kepimpinan instruksional pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti dan lulusan madrasah Aliyah negeri di Jakarta

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan instruksionalpengetua madrasah dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti dan lulusan Madrasah Aliyah Negeridi Jakarta. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah temu bualdan tinjauan. Sampel kajian ter...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Widhyanti Rosmaniar
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=15
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepimpinan instruksionalpengetua madrasah dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti dan lulusan Madrasah Aliyah Negeridi Jakarta. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah temu bualdan tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada enam orang peserta temu bual dan 150 orang guru. Datatemu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan, manakala analisis deskriptif daninferens digunakan untuk data tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan skor min tahap kepimpinaninstruksional (3.79), organisasi pembelajaran (3.66), kualiti madrasah (3.58) dan kualiti graduan(3.58) adalah pada tahap yang tinggi. Di samping itu, terdapat pengaruh langsung yang signifikanantara kepimpinan instruksional pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti madrasah(p<0.01) dan lulusan madrasah (p<0.01). Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya pengaruh tidaklangsung yang signifikan antara kepimpinan instruksional pengetua melalui pengantara kualitimadrasah terhadap kualiti lulusan dengan nilai interaksi 0.095. Kesimpulannya, kepimpinaninstruksional dan organisasi pembelajaran merupakan aspek yang perlu dititikberatkan oleh pengetuadalam pentadbiran madrasah. Implikasi kajian menunjukkan institusi pendidikan memerlukan pemimpinyang memiliki kepimpinaninstruksional dan mengamalkan organisasi pembelajaran yang efisien.