Kepercayaan dan amalan pengajaran matematik serta hubungannya terhadap penerapan nilai dalam pengajaran matematik (IR)

Kajian ini bertujuan mengkaji kepercayaan matematik, amalan pengajaran matematik serta hubungannya terhadap penerapan nilai matematik semasa pengajaran matematik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan berpendekatan kuantitatif serta dilaksanakan dengan menggunakan soal selidik. Kajian melibatka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Nadia Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1503
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji kepercayaan matematik, amalan pengajaran matematik serta hubungannya terhadap penerapan nilai matematik semasa pengajaran matematik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan berpendekatan kuantitatif serta dilaksanakan dengan menggunakan soal selidik. Kajian melibatkan 145 orang guru matematik Daerah Kerian yang dipilih menggunakan persampelan rawak secara berkelompok. Instrumen kajian yang merupakan soal selidik kepercayaan dan amalan telah digunakan bagi mendapatkan kepercayaan matematik dan amalan pengajaran matematik guru matematik untuk mengenal pasti penerapan nilai yang wujud semasa pengajaran matematik. Dapatan kajian menunjukkan kepercayaan matematik yang paling tinggi dan positif adalah kepercayaan formalisme yang dikategorikan sebagai kepercayaan bebas nilai manakala dapatan bagi amalan pengajaran matematik yang paling tinggi dan positif juga adalah amalan pengajaran matematik formalisme merupakan amalan bebas nilai. Analisis korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan korelasi yang sangat kuat dan positif antara kepercayaan matematik dan amalan pengajaran matematik dalam kalangan guru matematik sekolah menengah. Kesimpulannya, terdapat kecenderungan responden ke arah pemikiran mazhab formalisme dengan wujudnya hubungan antara kepercayaan matematik formalisme dan amalan pengajaran matematik formalisme. Implikasi kajian ini mendapati kewujudan hubungan antara kepercayaan matematik dan amalan pengajaran matematik amatlah penting semasa guru menjalankan pengajaran matematik kerana ianya menentukan penerapan nilai yang akan diterima oleh pelajar samaada bebas nilai mahupun sarat nilai.