Analisis masalah sosial dalam cerpen karya A.Nagappan (IR)

Kajian ini mempunyai tiga tujuan utama iaitu mengkaji latar belakang serta kepengarangan A.Nagappan, mengenal pasti masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia dan mengkaji kerelevenan di antara masalah sosial dengan keadaan kehidupan sebenar masyarakat India di Malaysia dalam cer...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ilampuranan Kiramany
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1507
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini mempunyai tiga tujuan utama iaitu mengkaji latar belakang serta kepengarangan A.Nagappan, mengenal pasti masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia dan mengkaji kerelevenan di antara masalah sosial dengan keadaan kehidupan sebenar masyarakat India di Malaysia dalam cerpen A.Nagappan. Kumpulan cerpen dan antologi cerpen A.Nagappan yang dikaji ialah Ko:nal A:ru, Kampi Me:l Nhadakirarkal:, The:t:al dan Pe:ravaik Kathaikal: yang berjumlah 13 buah cerpen. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta teori Sosiologi Sastera digunakan untuk mengkaji cerpen-cerpen A.Nagappan. Hasil dapatan kajian menunjukkan A.Nagappan merupakan seorang penulis prolifik yang membincangkan isu-isu rakyat. Melalui kajian ini didapati terdapat 14 masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia. Antara masalah sosial yang digambarkan dalam cerpen-cerpen tersebut adalah kemiskinan, keciciran pendidikan, kepimpinan, penghambaan, keruntuhan moral, kesihatan dan pengaruh alkohol. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa cerpen A.Nagappan mencerminkan kehidupan sebenar yang pernah dilalui oleh masyarakat India di negara ini. Untuk mengatasi masalah sosial ini pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan oleh kerajaan, umpamanya peruntukkan khas untuk pemulihan status ekonomi dan kepelbagaian peluang pendidikan di semua peringkat pengajian untuk semua kaum. Sehubungan itu, melalui kajian ini diharapkan pelbagai isu lagi akan terus dikaji demi kesejahteraan semua rakyat di negara ini.