Pembangunan perisian matematik bulatan 1 dan kesan penggunaannya terhadap murid bermasalah pendengaran (IR)

Kajian ini bertujuan membangun Perisian PPBK Bulatan I sebagai bahan bantu mengajar yang menggunakan pendekatan tutorial berdasarkan Model ADDIE dan menilai perisian tersebut serta melihat kesan penggunaannya terhadap murid bennasalah pendengaran dalam topik Bulatan I. Kajian kuasi-eksperimental den...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Low, Gaik See
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1510
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangun Perisian PPBK Bulatan I sebagai bahan bantu mengajar yang menggunakan pendekatan tutorial berdasarkan Model ADDIE dan menilai perisian tersebut serta melihat kesan penggunaannya terhadap murid bennasalah pendengaran dalam topik Bulatan I. Kajian kuasi-eksperimental dengan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan ke atas 10 orang murid tingkatan dua di sekolah menengah yang melaksanakan program integrasi pendidikan khas bennasalah pendengaran di negeri Perak. Soal selidik penilaian perisian PPBK Bulatan I, ujian pencapaian matematik, soal selidik tahap motivasi terhadap PPBK, senarai semak pemerhatian dan temu bual separa berstruktur telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kuantitatif dan kualitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Data kualitatif dianalisis dan digunakan untuk menyokong dapatan kajian kuantitatif. Pada keseluruhannya, pakar penilai memberi penilaian pada tahap yang tinggi (min=4.26) terhadap perisian tersebut. Hasil analisis menunjukkan PPBK telah memberi kesan positif terhadap murid bermasalah pendengaran kumpulan rawatan (min=11.20) dibanding dengan kumpulan kawalan (min=7.60) dalam pencapaian matematik. Soal selidik mendapati kumpulan rawatan mempunyai motivasi pada tahap sangat positif terhadap PPBK dalam matematik. Implikasinya, perisian PPBK ini boleh diperluaskan penggunaannya kepada murid bermasalah pendengaran dalam pengajaran mata pelajaran matematik.