Penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat di sekolah-sekolah daerah Besut (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat. Fokus kajian ini adalah terhadap sepanduk di bahagian hadapan sekolah yang meliputi reka bentuk, struktur peragaan dan lokasi peragaan sepanduk. Penyelidikan ini melibatkan sepulu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mazlinda Muhamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1512
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat. Fokus kajian ini adalah terhadap sepanduk di bahagian hadapan sekolah yang meliputi reka bentuk, struktur peragaan dan lokasi peragaan sepanduk. Penyelidikan ini melibatkan sepuluh buah sekolah dalam daerah Besut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kajian kes yang digunakan adalah kajian kes deskriptif dan eksploratori. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Bagi kaedah temu bual, sebanyak sepuluh orang guru seni daripada sepuluh buah sekolah telah dipilih secara rawak. Penyelidik juga membuat sesi temu bual bersama Pegawai Pendidikan Daerah Besut untuk mendapatkan maklumat berkaitan arahan menghasilkan sepanduk. Temu bual berbentuk separa struktur dilakukan. Kaedah pemerhatian dilakukan dengan melihat respons audiens terhadap sepanduk yang dipamerkan di sekolah-sekolah terpilih. Analisis dokumen menggunakan Buku Kedatangan Murid untuk melihat kehadiran pelajar ke sekolah selepas kempen melalui sepanduk dibuat. Hasil kajian menunjukkan sepanduk merupakan alat komunikasi visual yang berkesan dalam penyampaian maklumat. Setiap sekolah mempunyai kaedah penggunaan sepanduk yang tersendiri. Namun kaedah penggunaan sepanduk di setiap sekolah didapati hampir sama. Besar atau kecil sepanduk yang dihasilkan bergantung kepada sumber kewangan sekolah tersebut. Bukti dokumentasi menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 15% kehadiran pelajar ke sekolah selepas kempen dijalankan. Hasil kajian mengesahkan sepanduk sebagai alat komunikasi visual di sekolah bergantung kepada tiga aspek utama iaitu dari segi reka bentuk sepanduk, reka bentuk struktur peragaan sepanduk dan lokasi peragaan sepanduk yang strategik. Kombinasi ketiga-tiga aspek ini dapat membantu pihak sekolah memaksimumkan penyampaian maklumat menerusi alat komunikasi visual sepanduk. Implikasi daripada kajian ini ialah sekolah sesuai menggunakan sepanduk sebagai alat menyampaian maklumat.