Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman (IR)

Kajian ini dijalankan untuk meneliti strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman semasa di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu antara pelajar lelaki de...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2015
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1516
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan untuk meneliti strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman semasa di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan serta menganalisis motivasi pelajar mempelajari bahasa Melayu serta hubungannya terhadap penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu. Seramai 44 orang pelajar di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpul melalui instrumen soal selidik, kemudian data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar di Jerman lebih kerap menggunakan pelbagai strategi semasa mempelajari bahasa Melayu di dalam kelas berbanding di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap menggunakan strategi pembelajaran bahasa berbanding pelajar lelaki. Kajian juga mendapati pelajar bermotivasi intrinsik dalam mempelajari bahasa Melayu dan terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi pelajar dengan penggunaan SPBM. Implikasi kajian ini dapat membantu para pelajar dan guru untuk mempelbagaikan strategi bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap bahasa Melayu.