Penyesuaian, motivasi pencapaian dan pencapaian akademik pelajar di sebuah sekolah menengah: sebuah kajian kes (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur hubungan antara penyesuaian dan motivasi pencapaian dengan pencapaian akademik dan hubungan penyesuaian dan motivasi pencapaian antara jantina. Seramai 105 orang pelajar Tingkatan Satu daripada sebuah sekolah menengah telah dipilih dengan kaedah persampelan be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Megalah Krishnan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1608
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur hubungan antara penyesuaian dan motivasi pencapaian dengan pencapaian akademik dan hubungan penyesuaian dan motivasi pencapaian antara jantina. Seramai 105 orang pelajar Tingkatan Satu daripada sebuah sekolah menengah telah dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan untuk menjadi responden kajian. Data dipungut menggunakan instrumen Skala Penyesuaian Bell yang merangkumi dua elemen iaitu penyesuaian rumah dan penyesuaian emosi. Skala Motivasi Pencapaian Ray digunakan untuk mengukur tahap motivasi pencapaian pelajar. Pencapaian akademik pelajar diukur berdasarkan Gred Purata Markah. Data kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif, iaitu Peratusan, Kekerapan, Sisihan Piawai dan Min serta statistik inferensi iaitu ujian Korelasi Pearson dan ujian-t. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan penyesuaian rumah mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi pencapaian. Hasil ujian-t menunjukkan tahap penyesuaian rumah dan penyesuaian emosi pelajar lelaki lebih tinggi berbanding pelajar perempuan, tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi pencapaian antara jantina. Walau bagaimanapun, tahap penyesuaian emosi pelajar adalah rendah, khususnya pelajar perempuan. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa penyesuaian emosi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik, manakala motivasi pencapaian mempunyai hubungan negatif yang signifikan ke atas pencapaian akademik. Dapatan kajian ini menyokong kepentingan penyesuaian dan motivasi pencapaian dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah.