Keberkesanan strategi pengajaran pdeode terhadap kefahaman pelajar tentang konsep kondensasi (IR)
Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran PDEODE terhadap kefahaman pelajar tentang konsep kondensasi. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi, yang melibatkan sampel seramai 62 orang pelajar tingkatan empat aliran sains. Data diperoleh daripada ujian pra, ujian pas...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2015
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1611 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan strategi pengajaran PDEODE terhadap kefahaman pelajar tentang konsep kondensasi. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi, yang melibatkan sampel seramai 62 orang pelajar tingkatan empat aliran sains. Data diperoleh daripada ujian pra, ujian pasca, temubual berstruktur dan soal selidik. Ujian-t sampel bebas dan ujian-t sampel berpasangan digunakan bagi membandingkan pencapaian pelajar dalam kedua-dua kumpulan kawalan dan eksperimen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang singnifikan di antara kedua-dua kumpulan. Basil kajian turut menunjukkan konsep altematif pelajar tentang kondensasi dapat dikelompokkan kepada enam sub-tema iaitu proses perubahan fizikal, resapan keluar, penyejatan, pemejalwapan, perubahan keadaan jirim dan tindakbalas kimia. Kesimpulannya, strategi pengajaran PDEODE berupaya membantu pe1ajar dalam memahami konsep kondensasi yang betul serta meningkatkan sikap positif pelajar terhadap sains. Kajian ini memberikan implikasi yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran sains di mana strategi pengajaran PDEODE boleh digunakan oleh guru sebagai salah satu altematif pedagogi berkesan dalam pengajaran. |
---|