Pembangunan dan pengesahan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik bagi tajuk Daya dan Gerakan (IR)

Kajian kuantitatif ini bertujuan membangun dan mengesahkan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik (UKBATF). UKBATF mengandungi 10 item berbentuk subjektif yang boleh mengukur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi tajuk Daya dan Gerakan Fizik Tingkatan Empat. Kaedah pembangunan UKB...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rohana Amin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1613
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kuantitatif ini bertujuan membangun dan mengesahkan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik (UKBATF). UKBATF mengandungi 10 item berbentuk subjektif yang boleh mengukur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi tajuk Daya dan Gerakan Fizik Tingkatan Empat. Kaedah pembangunan UKBATF adalah berpandukan Kerangka Operasi Pembangunan dan Pengesahan UKBATF. Proses kesahan pakar dilakukan oleh enam orang pakar dalam bidang Fizik dan KBAT. Kebolehpercayaan UKBATF ditentukan dengan mengira pekali alfa Cronbach iaitu pekali ketekalan dalaman dan pekali korelasi Intra-Kelas (PKAK) iaitu penentuan kebolehpercayaan antara pemeriksa. Kualiti UKBATF ditentukan dengan mengira indeks kesukaran, p dan indeks diskriminasi, D bagi setiap item dan keseluruhan ujian. Dapatan menunjukkan semua item UKBATF mempunyai kesahan yang tinggi dengan 80% persetujuan dalam kalangan pakar. Dari segi kebolehpercayaan pula didapati pekali alfa Cronbach ialah 0.726 dan pekali PKAK ialah 0.960. Nilai p dan D menunjukkan item UKBATF berada pada tahap sederhana dan diterima sebagai item yang baik. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membangunkan sebuah instrumen bagi mengukur KBAT dalam mata pelajaran Fizik bagi tajuk Daya dan Gerakan yang sah, boleh dipercayai dan mempunyai kualiti yang baik. Implikasinya, instrumen ini menambahkan bilangan instrumen KBAT sedia ada yang sangat terhad bilangannya. Disamping itu, kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi membangun dan mengesahkan instrumen UKBATF boleh dijadikan panduan kepada penyelidik dan pendidik untuk membina instrumen seumpamanya.