Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi (IR)

Penyelidikan ini dilakukan untuk mencari jawapan mengenai kewujudan keranda kayu balak di Sabah khususnya di Kinabatangan dan Segama. Aspek yang diambilkira ialah taburan keranda, pentarikhan dan kronologi, adat dan pantang larang sepanjang proses pembuatan dan pengebumian, persoalan fungsi dan jeni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yunus Sauman Sabin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1618
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id oai:ir.upsi.edu.my:1618
record_format uketd_dc
spelling oai:ir.upsi.edu.my:16182020-02-27 Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi (IR) 2015 Yunus Sauman Sabin CC Archaeology Penyelidikan ini dilakukan untuk mencari jawapan mengenai kewujudan keranda kayu balak di Sabah khususnya di Kinabatangan dan Segama. Aspek yang diambilkira ialah taburan keranda, pentarikhan dan kronologi, adat dan pantang larang sepanjang proses pembuatan dan pengebumian, persoalan fungsi dan jenis-jenis polahias serta makna perlambangan terhadap semua bentuk polahias keranda. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk menjawab persoalan sejauhmana tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah merupakan cerminan kepada falsafah dan pemikiran Orang Sungai di Kinabatangan dan Subpan di Segama. Pengkaji telah meneliti kesemua keranda kayu balak di kedua-dua kawasan yang berjumlah lebih dari 1000 buah keranda dari 9 buah tapak pengebumian melalui survei lapangan yang komprehensif selama 2 tahun. Sepanjang survei, pengkaji telah merakam dan melukis kesemua bentuk dan motif polahias keranda yang boleh dikategorikan kepada 5 jenis iaitu antropomorfik, zoomorfik, flora, geometrik dan stailistik. Pengkaji juga telah menyertai 2 proses pengebumian keranda yang masing-masing mewakili masyarakat Sungai di Kinabatangan dan Subpan di Segama. Di samping itu pengkaji juga membuat temuramah dengan individu tertentu yang difikirkan paling berpengetahuan tentang tradisi tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai adat dan pantang larang serta fungsi keranda dalam masyarakat. Memandangkan tidak kesemua jenis motif dapat dihuraikan oleh para informan, pengkaji menggunakan kaedah memadankan unsur-unsur yang wujud dalam worldview mereka dengan jenis motif yang digunakan sebagai polahias keranda. Keranda kayu balak merupakan salah satu artifak budaya kuno di Sabah yang digunakan secara berterusana semenjak 1300 tahun dahulu. Dengan menggunakan kaedah pentarikhan kronometrik dan pentarikhan relatif, pengkaji telah berjaya meletakkan tradisi pengebumian ini dalam kerangka sejarah kebudayaan di Sabah dengan jelas. Melalui data pentarikhan dan seriasi keranda juga menunjukkan bahawa tradisi ini bermula dari hilir Kinabatangan dan kemudian berkembang ke bahagian hulunya sementara di Segama pula, tradisi ini bermula di bahagian hulu dan berkembang ke bahagian hilir. Berdasarkan kepada data yang ditemui untuk kesemua persoalan yang diutarakan dalam tesis ini, nyatalah bahawa objek keranda kayu balak di Sabah merupakan cerminan kepada falsafah dan pemikiran masyarakat Dusun Sungai dan Subpan. Dengan itu tesis ini merupakan kajian yang paling komprehensif mengenai tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah. 2015 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1618 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1618 text zsm closedAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Sains Kemanusiaan N/A
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
collection UPSI Digital Repository
language zsm
topic CC Archaeology
spellingShingle CC Archaeology
Yunus Sauman Sabin
Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi (IR)
description Penyelidikan ini dilakukan untuk mencari jawapan mengenai kewujudan keranda kayu balak di Sabah khususnya di Kinabatangan dan Segama. Aspek yang diambilkira ialah taburan keranda, pentarikhan dan kronologi, adat dan pantang larang sepanjang proses pembuatan dan pengebumian, persoalan fungsi dan jenis-jenis polahias serta makna perlambangan terhadap semua bentuk polahias keranda. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk menjawab persoalan sejauhmana tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah merupakan cerminan kepada falsafah dan pemikiran Orang Sungai di Kinabatangan dan Subpan di Segama. Pengkaji telah meneliti kesemua keranda kayu balak di kedua-dua kawasan yang berjumlah lebih dari 1000 buah keranda dari 9 buah tapak pengebumian melalui survei lapangan yang komprehensif selama 2 tahun. Sepanjang survei, pengkaji telah merakam dan melukis kesemua bentuk dan motif polahias keranda yang boleh dikategorikan kepada 5 jenis iaitu antropomorfik, zoomorfik, flora, geometrik dan stailistik. Pengkaji juga telah menyertai 2 proses pengebumian keranda yang masing-masing mewakili masyarakat Sungai di Kinabatangan dan Subpan di Segama. Di samping itu pengkaji juga membuat temuramah dengan individu tertentu yang difikirkan paling berpengetahuan tentang tradisi tersebut untuk mendapatkan maklumat mengenai adat dan pantang larang serta fungsi keranda dalam masyarakat. Memandangkan tidak kesemua jenis motif dapat dihuraikan oleh para informan, pengkaji menggunakan kaedah memadankan unsur-unsur yang wujud dalam worldview mereka dengan jenis motif yang digunakan sebagai polahias keranda. Keranda kayu balak merupakan salah satu artifak budaya kuno di Sabah yang digunakan secara berterusana semenjak 1300 tahun dahulu. Dengan menggunakan kaedah pentarikhan kronometrik dan pentarikhan relatif, pengkaji telah berjaya meletakkan tradisi pengebumian ini dalam kerangka sejarah kebudayaan di Sabah dengan jelas. Melalui data pentarikhan dan seriasi keranda juga menunjukkan bahawa tradisi ini bermula dari hilir Kinabatangan dan kemudian berkembang ke bahagian hulunya sementara di Segama pula, tradisi ini bermula di bahagian hulu dan berkembang ke bahagian hilir. Berdasarkan kepada data yang ditemui untuk kesemua persoalan yang diutarakan dalam tesis ini, nyatalah bahawa objek keranda kayu balak di Sabah merupakan cerminan kepada falsafah dan pemikiran masyarakat Dusun Sungai dan Subpan. Dengan itu tesis ini merupakan kajian yang paling komprehensif mengenai tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah.
format thesis
qualification_name
qualification_level Doctorate
author Yunus Sauman Sabin
author_facet Yunus Sauman Sabin
author_sort Yunus Sauman Sabin
title Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi (IR)
title_short Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi (IR)
title_full Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi (IR)
title_fullStr Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi (IR)
title_full_unstemmed Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi (IR)
title_sort tradisi pengebumian keranda kayu balak di sabah dari perspektif etnoarkeologi (ir)
granting_institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
granting_department Fakulti Sains Kemanusiaan
publishDate 2015
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1618
_version_ 1747832982892183552