Kesan teknik Jigsaw II dalam pembelajaran sains ke atas prestasi akademik dan interaksi sosial dalam kalangan pelajar berprestasi rendah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan Jigsaw II sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan interaksi sosial pelajar. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Dua yang berpencapaian rendah dalam mata pelajaran sains. Pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Ali Piah Landahari
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1633
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan Jigsaw II sebagai satu pendekatan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan interaksi sosial pelajar. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Dua yang berpencapaian rendah dalam mata pelajaran sains. Pelajar ini diajar selama lima minggu dalam mata pelajaran sains mengikut tajuk-tajuk yang telah dipilih. Data kualitatif dan kuantitatif dikumpul menggunakan ujian pra dan pos, pemerhatian dalam kelas dan temubual. Penganalisian data dibuat menggunakan statistik deskriptif dan inferens melibatkan min, sisihan piawai dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan min skor ujian pra daripada M=12.73 kepada M=16.53, dalam ujian pos. Ini menunjukkan peningkatan skor yang ketara bagi pelajar yang menghadiri kelas Jigsaw II. Data kualitatif juga menunjukkan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan interaksi sosial pelajar. Ini menunjukkan penggunaan teknik Jigsaw II berpotensi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan interaksi sosial pelajar berprestasi rendah dalam mata pelajaran sains.