Hubungan persekitaran luaran dengan penggunaan e-dagang dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana Melayu di Semenanjung Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan persekitaran luaran dengan penggunaan E-Dagang dalam kalangan usahawan Kecil Dan Sederhana Melayu yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia. Jumlah populasi kajian ialah 190 orang responden dan sampel kaji...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Suzlita Welas
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1634
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan persekitaran luaran dengan penggunaan E-Dagang dalam kalangan usahawan Kecil Dan Sederhana Melayu yang terlibat dengan industri pengeluaran makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia. Jumlah populasi kajian ialah 190 orang responden dan sampel kajian ialah 130 responden. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu analisis Pekali Korelasi Pearson dan Regresi Berganda Stepwise. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat dua faktor persekitaran luaran yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan E-Dagang dalam kalangan usahawan Kecil dan Sederhana Melayu di Semenanjung Malaysia dalam konteks industri pengeluaran makanan dan minuman. Implikasi kajian adalah sumbangan kepada penemuan hubungan dua faktor persekitaran luaran yang mempunyai hubungan dengan penggunaan E-Dagang iaitu faktor persaingan dan faktor pembekal.