Peranan Majalah Suloh Malaya dalam perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya 1946-1947 (IR)

Tesis ini merupakan kajian tentang Peranan Majalah Suloh Malaya Dalam Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada tahun 1946-1947. Suloh Malaya merupakan majalah rasmi yang diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Parti Kebangsaan Melayu bawah pimpinan Zulkifli Auni. Majalah ini dikendalikan oleh tokoh-t...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Arba'ahazura Supa'at
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2015
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1675
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tesis ini merupakan kajian tentang Peranan Majalah Suloh Malaya Dalam Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada tahun 1946-1947. Suloh Malaya merupakan majalah rasmi yang diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Parti Kebangsaan Melayu bawah pimpinan Zulkifli Auni. Majalah ini dikendalikan oleh tokoh-tokoh politik PKMM. Kajian dilakukan bertujuan untuk melihat peranan dan sumbangan majalah ini dalam memberikan kesedaran orang Melayu bersatu untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British dan memperjuangkan hak kedaulatan rakyat selaras dengan misi dan visi perjuangan PKMM. Kajian ini menggunakan sumber primer iaitu majalah Suloh Malaya sebanyak lapan terbitan sebagai kaedah pentafsiran pemerolehan dapatan. Di samping itu juga penulis menggunakan sumber lain menerusi hasil penulisan penyelidik yang lepas berdasarkan buku-buku sejarah, akhbar, majalah dan skrip wawancara. Bagi memantapkan hasil kajian, penulis menggunakan sumber lisan untuk memperkukuhkan bukti dan kesahihan. Dapatan kajian membuktikan bahawa majalah ini mampu memberikan kesedaran rakyat untuk bersatu dan bertindak menyokong perjuangan orang Melayu melalui PKMM menerusi kupasan isu politik, sosial dan ekonomi yang dibincangkan. Oleh itu, dapatan kajian membuktikan Suloh Malaya ternyata berkeupayaan mengembangkan sayap perjuangan PKMM serta menggerakkan semangat kebangsaan orang Melayu bersatu untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.