Pentaksiran berasaskan sekolah Pendidikan Seni Visual sekolah menengah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Secara khususnya, kajian ini meneliti proses pelaksanaan, strategi yang digunakan dalam PBS dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PBS Pendidikan Seni Visual. Dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Aleha Ladin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1686
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Secara khususnya, kajian ini meneliti proses pelaksanaan, strategi yang digunakan dalam PBS dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PBS Pendidikan Seni Visual. Dalam kajian ini, pendekatan kajian kes kualitatif digunakan. Kajian dijalankan di dua buah sekolah menengah yang terletak di kawasan bandar dan luar bandar. Seramai sembilan orang peserta terlibat. Mereka terdiri daripada dua orang guru, empat orang pelajar, seorang pentaksir kawasan, seorang Ketua Pentaksir Negeri Perak dan seorang bekas Ketua Pentaksir Negeri Perak. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan interpretif. Hasil kajian mendapati PBS Pendidikan Seni Visual dilaksanakan mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dengan adanya proses pemantauan dan penyelarasan. Namun demikian, pelaksanaannya disesuaikan di peringkat sekolah dengan mengambil kira realiti dan persekitaran yang dibawa oleh pelajar. Guru juga telah mengaplikasikan pelbagai strategi pentaksiran autentik iaitu menyesuaikan matlamat pentaksiran, menekankan penguasaan pelajar, menggunakan kaedah pemerhatian, pentaksiran lisan, penerangan dan demonstrasi, penghasilan portfolio, produk dan rubrik penskoran. Strategi pentaksiran yang digunakan dapat menilai penguasaan pelajar secara menyeluruh meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Kajian ini juga mendapati pelaksanaan PBS Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah menengah terpilih di Malaysia mempunyai ciri-ciri pentaksiran autentik. Walau bagaimanapun, kejayaan PBS Pendidikan Seni Visual dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Aspek persediaan dan kecekapan guru, perbezaan latar belakang, minat dan sikap pelajar, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran, peranan pentadbir, kemudahan peralatan dan tempoh masa menjadi faktor dalam mencapai matlamat PBS Pendidikan Seni Visual.