Pembangunan modul pengurusan mikroskop bagi pembantu makmal sekolah menengah di daerah Kinta (IR)

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah Modul Pengurusan Mikroskop untuk pembantu makmal sekolah menengah. Pembangunan modul ini adalah berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek dengan menggunakan kaedah gabungan deskriptif dan kualitatif. Penilaian terhadap kesahan dilakukan oleh pakar dalam bidang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roslaili Khalid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1694
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah Modul Pengurusan Mikroskop untuk pembantu makmal sekolah menengah. Pembangunan modul ini adalah berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek dengan menggunakan kaedah gabungan deskriptif dan kualitatif. Penilaian terhadap kesahan dilakukan oleh pakar dalam bidang Biologi, manakala kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul dinilai berdasarkan kepada maklumat kefahaman pembantu makmal terhadap modul. Empat orang pakar terlibat dalam pengukuran kesahan kandungan, manakala kebolehpercayaan dan kebolehgunaan modul dinilai daripada 105 orang pembantu makmal. Hasil kajian mendapati Modul Pengurusan Mikroskop yang dibangun mempunyai kesahan kandungan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan semua pembantu makmal sekolah menengah mudah memahami dan menggunakan Modul Pengurusan Mikroskop dengan berkesan. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa Modul Pengurusan Mikroskop yang dibangun berasaskan Model Pembinaan Modul Sidek mempunyai kesahan yang baik, kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan oleh pembantu makmal sekolah menengah. Implikasi kajian menunjukkan bahawa modul yang dibangunkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan praktikal pembantu makmal.