Kefahaman pelajar-pelajar Reka Bentuk Komunikasi Visual Universiti Negeri Malang terhadap iklan kosmetik televisyen (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka pemahaman pelajar terhadap iklan kosmetik yang disiarkan di televisyen. Pensyarah adalah faktor dominan yang mempengaruhi kefahaman pelajar terhadap iklan televisyen di samping faktor-faktor lain seperti corak tingkah laku, penerimaan rakan-rakan, dan internet. Ik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ardjaka, Sugiyono
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1698
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka pemahaman pelajar terhadap iklan kosmetik yang disiarkan di televisyen. Pensyarah adalah faktor dominan yang mempengaruhi kefahaman pelajar terhadap iklan televisyen di samping faktor-faktor lain seperti corak tingkah laku, penerimaan rakan-rakan, dan internet. Iklan yang dikaji adalah yang popular sepanjang tahun 2009 hingga 2010 yang melibatkan 26 produk kosmetik. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, mengukur peratusan pendapat responden dan diikuti dengan kaedah kualitatif untuk mendapatkan satu set maklumat daripada responden. Seramai 30 responden dari Universiti Negeri Malang, Indonesia telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel dalam kajian ini. Hasil penyelidikan menunjukkan iklan televisyen berperanan dalam mempromosikan produk-produk tersebut dalam pasaran. Kajian ini juga menunjukkan pelajar menyukai iklan yang menyentuh warisan budaya Indonesia, Kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk pelajar membuat iklan, memahami kepelbagaian jenis pengiklanan dan kepelbagaian jenis komposisi reka bentuk.