Hubungan antara kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kehidupan seharian dalam kalangan pelajar fizik (IR)

Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kemahiran membuat keputusan dalam kehidupan seharian dalam kalangan pelajar fizik. Keadah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 215 orang pelajar fizik tingk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yeoh, Sik Mei
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1700
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menentukan hubungan antara kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kemahiran membuat keputusan dalam kehidupan seharian dalam kalangan pelajar fizik. Keadah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 215 orang pelajar fizik tingkatan empat yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Kemahiran Membuat Keputusan Fizik (UKMKF), Ujian Kemahiran Membuat Keputusan Kehidupan Seharian (UKMKKS) dan protokol temu bual berstruktur separa. Kaedah uji dan uji semula digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan dalaman UKMKKS. Korelasi Pearson, ujiant sampel bebas dan ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Temu bual pula digunakan untuk mengenal pasti langkah-langkah yang dilakukan oleh pelajar fizik untuk membuat keputusan dalam fizik. Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan signifikan antara kedua-dua kemahiran membuat keputusan dalam fizik dengan kehidupan seharian. Faktor jantina tidak mempengaruhi kedua-dua kemahiran membuat keputusan dalam fizik dan kehidupan seharian. Seterusnya, tiada perbezaan signifikan antara tahap kemahiran membuat keputusan dalam fizik mengikut tahap kecemerlangan mata pelajaran Fizik, Walau bagaimanapun terdapat perbezaan signifikan pada tahap kemahiran membuat keputusan dalam kehidupan seharian mengikut tahap kecemerlangan mata pelajaran Fizik. Temu bual berstruktur separa pula berjaya mengenal pasti beberapa langkah yang dilakukan oleh pelajar untuk membuat keputusan dalam fizik tetapi tidak mengikut urutan dan tidak sistematik seperti model KBKK, KPM. Kesimpulan kajian adalah kemahiran membuat keputusan yang dipelajari dalam fizik tidak mudah dipindahkan ke situasi baharu iaitu kehidupan seharian. Implikasinya, lebih banyak usaha perlu diperkenalkan supaya guru fizik berupaya menerap kemahiran membuat keputusan dalam fizik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.